Isu Bencana Alam
Dewasa ini,kita sering dikejutkan dengan bencana
alam yang berlaku di seluruh dunia.Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini
terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia
sejagat.Kesannya,bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak
berdosa.Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh,banjir
kilat,jerebu,tsunami,gempa bumi dan letusan guung berapi yang sering melanda
dunia.Malangnya,tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini
daripada berlaku.Hal ini demikian kerana,sudah menjadi lumrah alam iaitu
apabila tiba saat dan ketikanya,bencana alam ini pasti akan terjadi.Tiada satu
kuasapun yang mampu menangani kuasa alam,namun kejadian bencana alam yang
berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar
nyawa manusia tidak terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara
penyumbang ekonomi negara,namun antara sedar ataupun tidak,aktiviti ini menjadi
faktor berlakunya bencana alam.Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti
pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana,sesal
dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Kawasan hutan telah ditebang
dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu,biasanya akan terdedah
kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Keadaan ini akan menyebabkan
kerosakan harta benda.Oleh itu,langkah yang bijaksana dan efektif perlulah
dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.
Selain itu,terdapat segelintir manusia yang
tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Hal ini nampaknya
remeh,kerana yang kelihatan hanyalah asap,namun asap inilah menyebabkan
kejadiaan jerubu yang menyulitkan kehidupan manusia,haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami
komplikasi untuk bernafas dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik.Oleh
itu,kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara
kerana pandang jauh dilayangkan,pandang dekat ditukikkan supaya tidak
berlaku sebarang bencana.Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita
untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.
Seterusnya,terdapat sesetengah anggota
masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam
longkang dan sungai dengan sesuka hati.Secara sedar atau tidak,golongan ini
sebenarnya menganiayi masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh
membelah kayu,kalau bukan kayu pula menjadi hulunya”.Hal ini demikian
kerana,sistem perparitan yang tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam
sungai dan longkang.Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan
menyebabkan banjir kilat berlaku.Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan
banyak pihak yang tidak berdosa.Oleh itu,pihak berkuasa haruslah mengkaji
masalah ini hingga ke akar umbinya.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit.Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku.Sebagai contohnya,sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu.Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk manyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa,semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa "seperti aur dengan tebing" untuk menangani masalah ini.Janganlah kita mengamalkan peribahasa "seperti enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".Jika perkara ini tidak dilakukan,sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri.Oleh itu,anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata.Kita harus sedar bahawa,sebenarnya Tuhan menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga.Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh,jerebu,banjir kilat dan kemarau?Oleh hal yang demikian,tepuklah dada,tanyalah selera,sebelum bertindak.