Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara
Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting
dari segi kepentingan sosial,ekonomi dan ekologi.Menuju wawasan 2022 yang
merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara
perindustrian yang maju.Kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan
malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.
Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui
sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber
pendapatan utama kepada penduduk desa.Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan
melalui pembayaran sektor ini.Majoriti masyarakat desa masih miskin dan
ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang’.Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor
pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan,kewangan,khidmat
nasihat,teknologi,penyelidikan juga pembangunan.Hasil pertanian dapat
dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan
lagi peluang pekerjaan masyarakat desa dan meningkatkan
pendapatan.Justeru,keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat
dicapai.Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA.Melalui skim
ini,tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada
penduduk desa untuk dimajukan.
Selain itu,sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat
penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.Hasil
pertanian merupakan input yang digunakan dalan proses pengeluaran bahan mentah
yang dijadikan sebagai produk eksport.Eksport menggunakan hasil pertanian
adalah seperti mentega,serbuk koko,serbuk lada hitam,beras dan sebagainya.Kos
pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan
mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan
pasaran antarabangsa.Selain itu,hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor
utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara.Sebagai
contoh,beras merupakan makanan asas penduduk Asia.Kita dapat menikmati harga
makanan yang rendah,hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita.Contoh
yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit
berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran
tempatan.
Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil
eksport dan belanja import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan
kewangan negara kita melalui pembangunan sektor pertanian.Hal ini disebabkan
hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang
mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit.Negara
kita dengan bangganya pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan
tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor
ini.Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor
pertanian untuk menggantikan import negara.Dasar penggantian import
diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan
import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan
sektor ini.Sebagai contoh,buah-buahan merupakan bahan import utama negara
kita.Untuk menggantikan import bahan-bahan ini,kerajaan telah mengambil langkah
mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan
dalam sektor utama.Justeru,kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang
kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang
seimbang.
Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga
kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam
dapat dilaksanakan.Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara
lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan
dapat dicapai tanpa mengabaikan amanah Tuhan kepada manusia untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar.Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil
yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran
alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan
perindustrian yang pesat.Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan
keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap
beracun,pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai,kumbahan sisa kilang yang tidak
bersistematik dan banyak lagi.Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga
kepentingan keseimbangan ekologi.Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti
seperti penanaman,penyuburan tanah,pembaikan struktur tanah dan sebagainya
dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan
alam sekitar.
Untuk kepentingan hubungan yang harmoni dengan negara
jiran terutamanya negara yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat dijaga jika
sektor ekonomi utama dimajukan dengan pesat.Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan
setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa dan masih mengalami
kekurangan sumber tenaga manusia,buruh asing dari negara jiran yang susah boleh
mencari nafkah di negara kita yang kaya ini.Selain dapat menjalin hubungan yang
erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan,peperangan dapat dielakkan dan
rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan kepercayaan pelabur dan
pelancong asing.Secara langsungnya,dapat meningkatkan lagi pendapatan negara
malah mampu meningkatkan status negara kita.Sikap saling membantu ini dan tidak
mementingkan diri bak pepatah ‘adat bernegeri memagar negeri,adat berkampung
memagar kampung’ merupakan visi kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.
Kesimpulannya,kepentingan pembangunan sektor pertanian
tidak harus dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk
mewujudkan sebuah negara yang stabil dari segi kewangan ,ekonomi dan
politik.Pembangunan yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh
negara kita dalam menuju ke Wawasan 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan