Isnin, 10 Oktober 2022

Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara

 

Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara

 

Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial,ekonomi dan ekologi.Menuju wawasan 2022 yang merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.Kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

 

Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa.Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembayaran sektor ini.Majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’.Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan,kewangan,khidmat nasihat,teknologi,penyelidikan juga pembangunan.Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan lagi peluang pekerjaan masyarakat desa dan meningkatkan pendapatan.Justeru,keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai.Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA.Melalui skim ini,tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.

 

Selain itu,sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalan proses pengeluaran bahan mentah yang dijadikan sebagai produk eksport.Eksport menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega,serbuk koko,serbuk lada hitam,beras dan sebagainya.Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa.Selain itu,hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara.Sebagai contoh,beras merupakan makanan asas penduduk Asia.Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah,hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita.Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.

 


Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui pembangunan sektor pertanian.Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit.Negara kita dengan bangganya pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor ini.Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan import negara.Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini.Sebagai contoh,buah-buahan merupakan bahan import utama negara kita.Untuk menggantikan import bahan-bahan ini,kerajaan telah mengambil langkah mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama.Justeru,kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.

 

Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan.Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanah Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang pesat.Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun,pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai,kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi.Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan ekologi.Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman,penyuburan tanah,pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

 

Untuk kepentingan hubungan yang harmoni dengan negara jiran terutamanya negara yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor ekonomi utama dimajukan dengan pesat.Hal ini disebabkan  peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia,buruh asing dari negara jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini.Selain dapat menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan,peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan kepercayaan pelabur dan pelancong asing.Secara langsungnya,dapat meningkatkan lagi pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara kita.Sikap saling membantu ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat bernegeri memagar negeri,adat berkampung memagar kampung’ merupakan visi kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.

 

Kesimpulannya,kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dari segi kewangan ,ekonomi dan politik.Pembangunan yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam menuju ke Wawasan 2022.

Isu Bencana Alam

Isu Bencana Alam

 

Dewasa ini,kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat.Kesannya,bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh,banjir kilat,jerebu,tsunami,gempa bumi dan letusan guung berapi yang sering melanda dunia.Malangnya,tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku.Hal ini demikian kerana,sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya,bencana alam ini pasti akan terjadi.Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam,namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

 

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara,namun antara sedar ataupun tidak,aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam.Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Kawasan hutan telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu,biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan harta benda.Oleh itu,langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

 

Selain itu,terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Hal ini nampaknya remeh,kerana yang kelihatan hanyalah asap,namun asap inilah menyebabkan kejadiaan jerubu yang menyulitkan kehidupan manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami komplikasi untuk bernafas dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik.Oleh itu,kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan,pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana.Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

 

Seterusnya,terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati.Secara sedar atau tidak,golongan ini sebenarnya menganiayi masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu,kalau bukan kayu pula menjadi hulunya”.Hal ini demikian kerana,sistem perparitan yang tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang.Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku.Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa.Oleh itu,pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

 

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit.Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku.Sebagai contohnya,sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu.Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk manyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa,semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa "seperti aur dengan tebing" untuk menangani masalah ini.Janganlah kita mengamalkan peribahasa "seperti enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".Jika perkara ini tidak dilakukan,sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri.Oleh itu,anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata.Kita harus sedar bahawa,sebenarnya Tuhan menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga.Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh,jerebu,banjir kilat dan kemarau?Oleh hal yang demikian,tepuklah dada,tanyalah selera,sebelum bertindak.





















 

Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara

  Kepentingan Sektor Pertanian kepada Negara   Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepenti...